Wednesday, October 26, 2016

Xiaomi Mi Note 2 dilancarkan dengan skrin dwi melengkung


Xiaomi Mi Note 2 telah dilancarkan secara rasmi . 

Mi Note 2 dilengkapi skrin dwi-lengkung pada bahagian depan dan belakang.

Ini ialah ciri rekaan yang dilihat sebelum ini pada Samsung Galaxy Note 7.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.7 inci OLED dengan resolusi HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 6 Gigabyte LPDDR4 dan storan 128 Gigabyte.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 23-Megapixel f/2.0 dengan sensor IMX 318 , sistem penstabilan EIS tiga paksi dan PDAF.


Kamera selfie pula sebesar 8 Megapixel f/2.0 IMX 268 dengan sistem autofokus.

Tidak seperti ura-ura yang didengari, Mi Note 2 hanya dilengkapi sebuah kamera sahaja pada panel belakang.

Bateri sebesar 4070 mAh menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Sistem audio AQSTIC disertakan dengan sokongan audio Hi-Fi 192 kHz/24 bit.

Terdapat dua penawaran warna diumumkan iaitu hitam piano dan perak glacier. 


Peranti ini dijual pada harga bermula RM1,721untuk model 4 GB RAM GB dan storan 64 GB .

Versi kedua pula harganya RM2,152 untuk model 6 GB RAM dan storan 128 GB.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates