Thursday, January 5, 2017

Gionee W2017 telah dilancarkan secara rasmi

Gionee secara rasminya telah melancarkan telefon pintar M2017 pada 28 Disember 2016 lalu .

Model ini menggunakan bateri berkapasiti 7000 mAh (2 unit bateri berkapasiti 3500 mAh disertakan pada model ini).

Selain itu, Gionee W2017 ini hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7 inci, 6 GB RAM, dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128 GB dan 256 GB.

W2017 ini tidak memiliki slot microSD dan slot audio 3.5 mm.

Dari segi kamera, Gionee W2017 ini hadir dengan teknologi dwi kamera 12+13 MP , manakala kamera hadapan adalah 8 MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Gionee W2017 adalah sensor capjari hadapan, beroperasi pada UI Amigo 3.5 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan mempunyai berat 238 gram.

Gionee W2017 ini telah mula ditawarkan dipasaran China dengan harga penjualan yang sangat premium iaitu RM4, 531 dan terdapat satu lagi versi yang memiliki panel belakang berasaskan kulit buaya Itali yang ditawarkan pada harga RM11,006 .

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai penawaran peranti ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates