Thursday, August 20, 2015

Xiaomi Mi4i versi 32 GB mula dijual di Malaysia


Sebelum ini model ini hanya mempunyai 16 GB storan .

Kini, selain versi 16GB, pihak Xiaomi dilihat akan mula menawarkan versi 32 GB di Malaysia bermula 18 Ogos 2015 yang lalu .

Xiaomi Mi4i menggunakan rekaan berasaskan polikarbonat, dilengkapi dengan skrin 5-inci, serta kamera belakang 13-megapixel. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 615, selain memori 2GB RAM.

Pihak Xiaomi menyertakan sokongan dwi-SIM pada peranti ini, selain ia turut hadir dengan sokongn 4G LTE.


Beberapa ciri-ciri khusus yang turut disertakan adalah fungsi paparan Sunlight Display – dimana ia memaparkan skrin dengan jelas walaupun pada keadaan cahaya rendah.

Harganya ialah RM899 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates