Sunday, August 16, 2015

Asus Malaysia telah mulakan penjualan Asus ZenPad di Malaysia


Asus Malaysia mengumumkan kemasukan tablet ZenPad ke pasaran tempatan untuk variasi ZenPad C 7.0 dan ZenPad 7.0.

Tablet Asus ZenPad 7.0 (Z370CG) merupakan tablet yang beroperasi menggunakan cip Intel Atom X3 empat-teras 64-bit, dan mempunyai 2GB RAM.

Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti 16GB dan kapasiti storan juga boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD. 

Dari segi kamera ia mempunyai kamera hadapan 2MP dan kamera utama 8MP dilengkapi PixelMaster 2.0. 

Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. Asus ZenPad ini juga dikuasakan oleh Android 5.0 Lollipop dengan paparan antaramuka ZenUI. 

Paparannya skrinnya bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280 x 800 HD IPS dengan fungsi Tru2Life dan mempunyai penutup belakang yang boleh ditukar ganti pada pilihan warna Hitam, Metalik, Putih dan juga Oren.

Tablet ZenPad C 7.0 (Z170CG) merupakan ZenPad versi mampu milik dan mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan ZenPad 7.0 

Ia dikuasakan oleh Intel Atom X3 empat-teras 64-bit namun hanya mempunyai 1GB RAM. 

Kapasiti storannya juga telah ditambah sehingga 16GB dan mampu memuatkan dua kad-SIM. 

Meskipun paparan skirnnya sama pada saiz 7-inci, ia hanya mempunyai resolusi 1024×600 IPS. 

Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. 

Penutup belakangnya juga boleh ditukar-ganti dengan pilihan warna Hitam, Putih, Metalik, Oren dan juga Merah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates