Tuesday, May 19, 2015

LG G4 Stylus Dan LG G4C pula diperkenalkan


Secara rasminya hari ini LG telah perkenalkan dua lagi gajet  baru dibawah keluarga G4, iaitu LG G4 Styls dan juga LG G4c. 

Kedua-duanya mempunyai rekaan yang lebih kurang sama seperti LG G4 tetapi pada masa yang sama membawakan fungsi-fungsi yang disertakan pada gajet flagship tersebut.dan juga fungsi yang berbeza .


2 model terbaru tersebut ialah LG G4 Stylus dan LG G4C .

LG G4 Stylus merupakan telefon bersaiz 5.7 inci yang mempunyai pen Stylus. Ia sesuai  kepada mereka yang suka ambil nota atau melukis menggunakan phone mereka.

Antara spesifikasi LG  Stylus ialah :


- skrin 5.7 inci
- prosesor quad core
- 1 GB RAM, 8 GB ROM
- kamera belakang 13 MP , kamera hadapan 5 MP
- OS Android 5.0 Lollipop
- bateri 3000 mAh

Spesifikasi LG G4C pula ialah :


- skrin 5 inci
- prosesor 1.2 Ghzquad core
- 1 GB RAM, 8 GB ROM
- kamera hadapan 5 MP , kamera belakang 8 MP
- OS Android 5.0 Lollipop


Kedua-dua model ini akan mula dijual di beberapa buah negara dalam masa beberapa minggu lagi.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates