Topup prepaid di Malaysia dikenakan GST 6%
Kesemua pemilik telefon dengan pelan prabayar dilihat akan membayar lebih bagi setiap tambah nilai yang mereka lakukan. Jika sebelum ini terdapat sedikit kekelliruan akan status GST bagi kad tambah nilai ini, semalam, pengarah Kastam GST, Datuk Subramaniam telah mendedahkan bahawa syarikat telekomunikasi dibenarkan untuk mengecas GST 6% bagi tambah nilai yang dibuat.
Sejak penguatkuasaan GST pada 1 April ini, sebanyak 44% daripada aduan GST yang diterima adalah berkaitan dengan masalah tambah nilai prabayar ini.
Datuk Subramaniam berkata hasil perbincangan dengan kesemua wakil syarikat telekomunikasi, mereka diberikan dua pilihan, iaitu mengekalkan harga atau menawarkan lebih banyak waktu berbual dan SMS.
Hasil perbincangan itu, syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menawarkan tambahan waktu berbual dan SMS yang bernilai RM1 dengan pembelian kad tambah nilai RM10 (RM 10.60 termasuk GST).
Mekanisma ini akan digunapakai untuk tempoh tiga bulan sebelum satu penyelesaian tetap akan berkuatkuasa.
Dengan ini, setiap pembelian tambah nilai akan dikenakan 6% bermaksud, kad prabayar RM 5 akan dijual pada RM 5.30 dan dengan pembelian kad prabayar RM 100 anda perlu membayar RM 6 sebagai cukai GST.
0 comments:
Post a Comment