Thursday, April 2, 2015

Phablet HTC One E9 Plus diperkenalkan

HTC One E9 Plus iaitu model terbaru yang dilancarkan HTC ialah phablet dengan rekaan ikonik. Ia turut menyertakan beberapa perubahan berbanding One M9. 

HTC One E9 Plus boleh dikategorikan sebagai sebuah phablet kerana saiznya yang berukuran 5.5inci. ia turut mempunyai skrin dengan resolusi 2K .

Model ini turut mempunyai ciri-ciri baru HTC Sense, selain dilengkapi BoomSound dengan teknologi Dolby Audio. HTC One E9 Plus menggunakan dengan rekaan kerangka plastik , berkemungkinan untuk mengurangkan harga peranti ini .

Selain itu, HTC One E9 Plus turut dilengkapi cip pemprosesan 64-bit MediaTek MT6795M, serta kamera belakang 20-megapixel, dan kamera hadapan HTC Ultrapixel.


Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini , dan ia masih menjadi tanda tanya sama ada akan ditawarkan khusus untuk China sahaja atau akan turut dijual untuk pasaran global.

Selain daripada HTC One E9 Plus, pihak HTC turut dijangka bakal memperkenalkan HTC One E9 tidak lama lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates