Monday, April 20, 2015

NOKIA mungkin kembali semula pada tahun 2016 nanti


Ia mungkin berlaku , mungkin juga tidak akan berlaku .Mungkin juga Nokia mengeluarkan gajet seperti sebelum ini,

Mungkin juga Nokia hanya akan melesenkan jenama mereka untuk digunakan pengeluar lain.

Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama dan rekaan mereka kepada pengeluar di China untuk tablet Nokia N1, dan ia hanya ditawarkan di beberapa pasaran terpilih sahaja buat masa ini.

Berkemungkinan besar, kita mungkin akan dapat melihat kaedah sama dilakukan oleh Nokia untuk telefon pintar, dimana Nokia mungkin membangunkan rekaan peranti dan melesenkannya kepada mereka yang berminat.

Seperti semua sedia maklum, ramai pengguna yang meminati rekaan peranti Nokia sehingga ke hari ini. Malah jenama Nokia juga masih menjadi bualan ramai, membuatkan pihak Nokia mungkin tidak ingin menamatkannya begitu sahaja.

Nokia pada minggu lepas telah mengumumkan akan 'merged' bersama Alcatel Lucent dalam fokus terhadap rangkaian dan pembangunan HERE Maps mereka.

Nokia turut dikatakan merancang pada tahun hadapan untuk mennawarkan teknologi realiti maya , apa maksudnya kita semua akan ketahui pada tahun hadapan jika Nokia kembali ke pasaran .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates