Tuesday, April 7, 2015

Lumia 640 dan Lumia 640XL dilancarkan di Malaysia pada 14 April 2015

Walaupun Microsoft Malaysia merahsiakan tentang model yang akan diperkenalkan , mudah mengagak yang model Lumia 640 dan Lumia 640XL yang akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

Kedua-dua model ini memfokuskan kepada skrin bersaiz besar dan dilengkapi OS Windows 8.1 yang boleh dinaik-taraf kepada Windows 10 kelak. Lumia 640 mempunyai skrin 5 inci , sementara Lumia 640 XL pula berskrin 5.7 inci .


Kamera belakang Lumia 640 mempunyai resolusi 8 megapixel dan turut dilengkapi bateri 2500 mAh. Model ini ialah model dual sim serta ada rangkaian 4G LTE.

Spesifikasi Lumia 640XL juga hampir sama dengan model 640, Perbezaannya hanya kamera belang model 640XL yang menggunakan kamera 13 megapixel dan ada LED Flash.


Bateri model 640 XL ialah 3000 mAh.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates