iPhone dan Android kini boleh gunakan MS Office Lens untuk scan dan edit dokumen
Sebelum ini hanya Windows Phone yang menggunakan Microsoft Office Lense . Fungsi apps ini ialah dengan cara menggunakan kamera pada telefon pintar pengguna untuk merakamkan gambar dokumen , kemudian mengubahnya kepada bentuk seperti mana sesuatu dokumen itu diimbas.
Kini , ia turut boleh digunakan pada OS iOS dan Android .
Terdapat beberapa apps lain yang melakukan perkara sama, tetapi apa yang menarik mengenai Office Lens adalah integrasi teknologi OCR, yang membolehkan ia mengenal pasti setiap teks dan mengubah dokumen yang “diimbas” berkenaan ke sebuah dokumen yang boleh disunting menggunakan Word atau PowerPoint, atau menyimpannya dalam bentuk PDF.
Bagi yang menggunakan iPhone, anda telah boleh gunakan apps ini . Untuk pengguna Android pula , Microsoft hanya menawarkan ia dalam bentuk Preview atau beta buat masa ini .
Bagi yang menggunakan iPhone, anda telah boleh gunakan apps ini . Untuk pengguna Android pula , Microsoft hanya menawarkan ia dalam bentuk Preview atau beta buat masa ini .
Untuk lebih memahami apps dan fungsinya lebih jelas lagi , saksikan video dibawah ini .
0 comments:
Post a Comment