Huawei SnapTo dilancarkan
Baru-baru ini Huawei telah melancarkan model terbarunya iaitu Huawei SnapTo .
Buat masa ini, telefon ini dihadkan penjualannya di Amerika Syarikat sahaja.
Antara spesifikasi Huawei SnapTo ialah skrin 5 inci 720p , prosesor Snapdragon 400, memori 1GB RAM dan bateri 2200 mAh. Ia turut dilengkapi kamera belakang 5 megapixel dan kamera hadapan 2 megapixel.
OS model ini ialah Android 4.4 KitKat serta ada 4G LTE .
Antara fungsi lain pada model ini ialah Ultra Snapshot , yang membolehkan para pengguna mengaktifkan kamera dengan menekan butang volume ke bawah sebanyak dua kali.
Mungkin fungsi ini yang membuatkan Huawei untuk menggunakan nama SnapTo sebagai nama gajet ini.
Huawei SnapTop dijual pada harga RM665 di Amerika Syarikat . Tidak diketahui sama ada Huawei akan membawa masuk gajet ini ke pasaran Malaysia .

0 comments:
Post a Comment