Thursday, March 12, 2015

Xiaomi lancarkan Redmi 2 di Malaysia


Xiaomi secara rasminya akan melancarkan generasi kedua telefon pintar Redmi mereka iaitu Redmi 2 ke pasaran tempatan.

Pelancaran ini telah dibuat oleh Donovan Sung yang merupakan pengarah pengedalian produk Xiaomi bagi pasaran antarabangsa.

Redmi 2 ini secara keseluruhanya masih mengekalkan reka bentuk dan DNA generasi telefon pintar sebelum ini namun ianya kini lebih kompak.

Skrin paparan IPS 4.7-inci daripada Sharp ini mempunyai resolusi 720p dan dengan kepadatan piksel 312ppi.


Dari segi dalaman pula, Redmi 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 1GB RAM, Adreno 306, memori simpanan dalaman 8GB( mempunyai slot microSD) dan hadir dengan sistem operasi Android KitKat yang disertakan dengan MIUI 6

Tidak seperti versi sebelum ini yang mempunyai versi sokongan berbeza mengikut negara, Redmi 2 mempunyai kebolehan menyokong rangkaian 4G LTE pada kedua-dua slot SIM.

Spesifikasi lain adalah Wi-Fi b/g/n, Bluetooth 4.0, A-GPS + GLONASS + Beidou, micro USB 2.0 dengan teknologi pengecasan QuickCharge 1.0 bagi bateri berkapasiti 2,200mAh yang dimiliki Redmi 2 ini.

Kamera pada Redmi 2 ini tidak banyak berubah berbanding generasi sebelum ini, ianya hadir dengan kamera utama 8MP daripada OmniVision manakala kamera selfie adalah 2MP.

Penjualan Redmi 2 di Malaysia akan bermula minggu hadapan iaitu pada 17 Mac 2015 , tepat pukul 12.00 tengah hari ,  dengan harga RM 449.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates