Tuesday, March 17, 2015

Lenovo Vibe Shot diperkenalkan


Model ini memfokuskan kepada kegunaannya sebagai kamera ini mempunyai rekaan dan kemasan yang memberikan petunjuk ia lebih sebagai camera. Di bahagian belakang peranti ini mempunyai rekaan seperti kamera Sony Cybershot, mempunyai permukaan yang licin dan permukaan yang menempatkan kamera, lampu LED dan label jenama Lenovo itu sendiri.

Spesifikasinya ialah seperti berikut :

- Skrin 5-inci 1920 x1080 441ppi
- Pemproses Snapdragon 615 1.7GHz Octa-core
- Memori 3 GB RAM
- Storan 32 GB + kad mikro-SD
- Kamera Utama 16MP BSI, Inframerah, OIS
- Kamera Depan 8MP Rakaman Luas
- SIM/Telefoni 2 SIM Nano / 4G LTE
- Bateri 2900 mAh

Antara spesifikasi lain termasuklah paparan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 dan kepadatan pixel 441 ppi. Dari segi storan, ia hadir pada saiz 32 GB dan boleh ditambah kapasitinya menggunakan kad Mikro-SD. Penawaran storan pada saiz ini dilihat satu perkara yang bagus memandangkan telefon hibrid kamera sememangnya memerlukan kapasiti storan yang besar untuk penyimpanan gambar. Peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti 2,900 mAh. Menariknya telefon ini mempunyai slot dwi-SIM pada saiz Nano-SIM dan menyokong 4G LTE. 


Lenovo Vibe Shot bakal memasuki pasaran pada Jun 2015 ini ,  pada harga RM1279 dan buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaannya untuk pasaran tempatan. Jika anda mencari telefon namun pada masa yang sama menginginkan kamera sebagai fungsi paling utama, anda kini mempunyai pilihan selain dari Samsung Galaxy K Zoom dan Asus Zenfone Zoom.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates