Saturday, March 21, 2015

Kereta terbang mula dijual pada tahun 2017


Kereta terbang merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai .

Walaupun sejumlah syarikat memfokuskan kepada kenderaan elektrik dan kenderaan dipandu sendiri, kereta terbang turut tidak dilupakan.

AeroMobile, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan yang boleh terbang telah pun memperlihatkan prototaip terkini mereka, disamping mengatakan akan memasarkan ia kepada umum bermula tahun 2017 kelak.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi oleh pihak AeroMobile sebelum dapat memasarkan kenderaan boleh terbang mereka – termasuk dari segi perundangan dan turut memikirkan mengenai bahagian jalan raya tambahan untuk menampungnya.

Prototaip AeroMobile memperlihatkan sayap terbang yang boleh dilipat ke belakang apabila ia digunakan sebagai kenderaan, dan perlu membuka sayap sekiranya ingin terbang. Secara kasar, ia memerlukan jarak sehingga 200meter sekiranya ingin terbang, dan lebih kurang 50 meter ketika ingin mendarat.


Dalam fasa permulaan, AeroMobile dijangka akan membangunkan beberapa unit sahaja dan memasarkannya dalam bilangan terhad. Harganya dijangka akan tinggi dan menyasarkan mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates