Sunday, March 15, 2015

Jam tangan pintar Huawei antara tercantik dipasaran


Huawei telah mempamerkan sebuah jam tangan pintar Android wear yang boleh dikatakan yang tercantik setakat ini. Menurut syarikat itu, skrin AMOLED 1.4 incinya serta lensa penutup kristal nilam padanya menjadikannya jam tangan pintar Android Wear paling anggun diumumkan pada acara MWC 2015.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh disuaikan dengan cita rasa pemakai. Ia bukan sahaja didatangkan dalam warna emas, perak dan hitam yang dilengkapi bingkai logam, malah didatangkan dengan pelbagai pilihan tali jam yang menarik.

Dari segi teknikal, jam tangan pintar Huawei ini dilengkapi sensor 6 axis, pemproses Qualcomm 1.2GHz, 4GB ruang storan dan 512MB RAM. Ia mempunyai butang di tepi skrinnya pada kedudukan pukul 2 manakala segala interaksi lain dengan jam tangan pintar dilakukan pada skrin sentuhnya atau menggunakan telefon pintar (Android 4.3 ke atas) yang dipasangkan pada jam tangan pintar itu.

Ia juga dilengkapi pemantau kadar denyutan jantung dan dok pengecas magnetik untuk mengecasnya. Walaubagaimanapun, Huawei tidak menyebut tentang harganya dan tarikh penjualannya. Dijangka syarikat itu akan mengumumkannya pada satu tarikh yang akan datang.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates