Tuesday, March 17, 2015

Google umumkan kemaskini OS Android 5.1 Lollipop


Google hari ini secara rasminya telah mengumumkan kemaskini untuk Android, iaitu Android 5.1 Lollipop. Melalui kemaskini ini, Google menyertakan beberapa fungsi baru, selain turut memfokuskan kepada kestabilan sistem operasi dan pelbagai pengoptimasian yang lain.

Salah satu fungsi baru yang menarik perhatian adalah sokongan Device Protection. Melaluinya kini, sekiranya peranti anda dicuri oleh orang lain, ia akan kekal terkunci – walaupun seseorang itu membuat Factory Reset. Menurut Google, peranti berkenaan akan kekal terkunci sehingga pemilik asal log masuk menggunakan akaun Google mereka. Fungsi ini akan diperkenalkan pada sejumlah telefon dan tablet Android yang menggunakan Android 5.1, selain daripada peranti sedia ada seperti Nexus 6 dan juga Nexus 9.

Disamping itu, Google turut melengkapkan Android 5.1 Lollipop dengan sokongan multi-SIM dalam pengurusan kos yang lebih baik, disamping pada masa yang sama menyertakan sokongan panggilan suara HD – untuk beberapa rangkaian yang menyokongnya.

Kemaskini ini juga turut menyertakan sokongan pengguna untuk mengawal peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth terus daripada Quick Settings, selain beberapa kemaskini kecil yang lain.

Google tidak memberikan jangka masa berkenaan bilakah pelbagai peranti Nexus dan GPE akan menerimanya. Untuk peranti lain, seperti biasa, ia dijangka akan mengambil masa berbulan lagi – bergantung kepada pengeluar peranti masing-masing dalam menawarkan kemaskini berkenaan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates