Sunday, March 15, 2015

Apple Watch akan mula dipasarkan mulai 24 April 2015


Produk yang dinanti-nantikan oleh penggemar produk Apple iaitu Apple Watch bakal mula dipasarkan pada 24 April ini melalui dalam talian (online). Apple Watch ini bakal dijual bermula pada harga serendah USD349 sehingga USD17,000! 

Semuanya bergantung kepada jenis meterial yang digunakan pada jam pintar berkenaan. Sudah pasti Apple Watch memiliki keistimewaan menggunakan material emas 18 karat. Persoalannya di sini, adakah berbaloi untuk memiliki sebuah Apple Watch?

Terdapat dua saiz yang berlainan bagi Apple Watch iaitu 38mm dan 42mm. Model yang bersaiz besar mampu bertahan lebih lama berikutan kapasiti baterinya yang lebih besar. 

Semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri, sekiranya pengguna gemar menggayakan jam tangan bersaiz besar terutamanya lelaki, Apple Watch 42mm bakal menjadi pilihan. Dijangkakan Apple Watch bersaiz 38mm akan menarik minat lebih ramai kaum wanita.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates