Wednesday, November 12, 2014

Lenovo Telah Melancarkan 'Kembar iPhone 6'


Jangan terkejut dengan tajuk yang diberikan .

Secara rasminya Lenovo telah melancarkan model terbarunya yang dikenali sebagai Lenovo Sisley S90 .

Tanpe berselindung , Lenovo mengaku bahawa model ini terhasil berinspirasikan model iPhone 6.
Model ini turut turut menggunakan ‘wallpaper’ yang sama seperti pada iPhone 6.


Antara spesifikasinya ialah :

- skrin 5 inci Super AMOLED HD
- prosesor Snapdragon 401 1.2GHz
- 1 GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 8 mega pixel
- dual sim
- OS Android 4.4.4 KitKat
- bateri 2300 mAh

Melihat spesifikasinya , ia ialah model pertengahan .


Lenovo Sisley S90 akan mula dijual di China terlebih dahulu pada harga sekitar RM 1090 .

Warna pilihannya ialah merah jambu , emas , perak dan kelabu.

Tiada pula maklumat sama ada model ini akan dijual di tempat lain buat masa ini .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates