Thursday, October 16, 2014

Motorola Nexus 6 Dilancarkan Dengan OS Android Terbaru


Motorola Nexus 6 baru sahaja dilancarkan .

Ia merupakan phone Google yang dibangunkan oleh Motorola .

Antara model terawal yang akan menggunakan OS Android terbaru iaitu Android 5.0 Lollipop.

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 6 inci QHD
- prosesor Qualcomm Snapdragon 805 berkelajun 2.65Ghz
- 3 GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 2 mega pixel
- bateri 3220 mAh dengan teknologi ‘turbo charging’ yang memberikan tambahan 6 jam jangka hayat bateri dengan pengecasan selama 15minit.

Melihat kepada saiznya ia merupakan sebuah phablet dan sebuah phablet berkuasa tinggi .


Model ini dijangka dijual pada November 2014 .

Warna pilihan bagi model ini ialah putih dan biru. 

Masih tiada maklumat sama ada phablet ini akan dijual di Malaysia atau tidak .

Dicanang sebagai bakal pencabar kepada Apple iPhone 6 Plus dan Samsung Galaxy Note 4 .


Harga jualannya kalau dijual di Malaysia nanti dijangkakan pada sekitar RM2120-RM2250 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates