Wednesday, September 24, 2014

Vivo Xplay 3S Bakal Dijual di Malaysia Pertengahan Oktober 2014


Satu lagi pengeluar smart phone China bakal memasuki pasaran Malaysia iaitu Vivo dengan model terbaru mereka .

Ia mungkin nama agak baru tetapi telah mengeluarkan smart phone dan phablet yang berkuasa tinggi .

Sebelum ini juga telah ada beberapa modelnya yang dijual di Malaysia , tetapi namanya tidak segah Xiaomi atau Huawei di Malaysia buat setakat ini .


Terbaru Vivo dikatakan akan mejual model terbaru mereka di Malaysia iaitu Vivo Xplay 3S .

Ia merupakan sebuah phablet bila melihat saiz skrinnya .

Berikut ialah antara spesifiaksinya :

- skrin 6 inci 2K
- prosesor Quad core Snapdragon 800
- 3 GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 5 mega pixel
- ada LTE
- bateri 3200 mAh

Jelas ia sebuah model high-end bila melihat specsnya .


Model ini turut dilengkapi sistem audio berkualiti tinggi dan GUI Vivo .

Harganya bakal diumumkan menjelang penjualan rasminya nanti .






0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates