Friday, September 12, 2014

Tablet Dell Venue 8 7000 Diperkenalkan


Minggu lepas , Dell telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu Dell Venue 8 7000 .

Ia merupakan tablet yang sangat nipis , mungkin ternipis di dunia buat masa ini .

Ia bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi , khabarnya .



Antara spesifikasi tablet ini ialah :

- skrin 8.4 inci OLED
- prosesor quad core Intel Atom Z3500 2.3Ghz
- 2GB RAM
- kamera belakang 8 mega pixel , kamera hadapan 2 mega pixel
- ruangan storan 16 GB
- OS Android KitKat 
v4.4

Model ini turut dilengkapi Intel RealSense Snapshot Depth Camera yang mempunyai fungsi “Selective Focus”untuk penggunaan snapshot .

Tablet ini sangat nipis , hingga ada yang mendakwa tablet Dell Venue 8 7000 ini lebih nipis dari iPhone 6 ! .


Buat masa ini tarikh jualannya di Malaysia belum diumumkan lagi .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates