Wednesday, September 24, 2014

Smart Eye Glass Dijangka Dijual Kepada Umum Penghujung Mac 2015


Satu lagi ciptaan inovatif daripada Sony .

Ia merupakan sebuah cermin mata pintar , 'semua telah pintar zaman ini'!

Rekaan cermin mata ini dinamakan Smart Eye Glass .

Sony Smart Eye Glass memfokuskan kepada 'augmented reality'.


Ia memudahkan penggunanya dengan proses navigasi dan turut dilengkapi dengan kamera yang membolehkan pengecaman wajah dan merakam video menggunakannya. 

Selain itu ada beberapa sensor lain yang belum dimuktamadkan lagi .


Turut ada mikrofon khas pada cermin mata ini .

Cermin mata ini mengambil masa untuk dilancarkan untuk memberi masa kepada developer untuk membuat apps yang boleh diintegrasikan dengan cermin mata ini.


Samsung juga dikhabarkan akan melancarkan model cermin mata pintar mereka pada bulan yang sama dengan keluaran Sony ini iaitu pada Mac 2015 .

Perang gajet tidak kira sama ada phone , jam atau cermin mata pintar semakin sengit di kalangan gergasi teknologi dunia seperti Samsung , Sony dan Apple .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates