Wednesday, September 3, 2014

Meizu Telah Melancarkan MX4


Meizu mungkin satu nama asing bagi penggemar smart phone di Malaysia jika dibandingkan dengan model China yang lain seperti Xiaomi , Huawei atau Oppo , tetapi sebenarnya ia ialah pengeluar telefon yang terkemuka di China .

Baru-baru ini Meizu telah melancarkan model terbaru mereka Meizu MX4 .

Dikatakan phone ini ialah sebuah model high-end .

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 5.36 inci IPS , resolusi 1152×1920
- prosesor MediaTek MT6595 octa core CPU (quad core Cortex A17 2.2GHz dan quad core Cortex A7 1.7GHz)
- 2 GB RAM
- kamera belakang 20.7 mega pixel Sony Exmor RS sensor dengan dua LED , kamera hadapan 2  mega pixel
- bateri 3100 mAh jenama Sony
- Android 4.4 KitKat dengan UI Meizu Flyme OS 4
- ada 4G LTE

Skrinnya dilindungi oleh Gorilla Glass 3 .


Begitu juga lens kameranya juga menggunakan Gorilla Glass 3 .

Kamera MX4 mampu merakam video 4K yang sangat 'sharp' dan HD .

MX4 akan ditawarkan didalam tiga versi yang berbeza dari segi memori simpanan dalaman iaitu 16GB , 32GB dan 64GB .

Badan phone ini berasakan aluminium magnesium aloi .

Ia akan dijual dalam 3 warna pilihan iaitu putih, emas dan kelabu.


Model Meizu MX4 ini telah dijual di China .

Harganya berbeza dari segi kapasiti memori simpanannya iaitu :

- model MX4 16GB dijual pada harga RM932
- model MX4 32GB dijual pada harga RM1036
- model MX4 64GB dijual pada harga RM1243

Tiada lagi maklumat sama ada model ini akan dibawa masuk ke Malaysia atau bila ia akan dijual di Malaysia .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates