Monday, September 1, 2014

China Bangunkan OS Smartphone dan Komputer Sendiri?


Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang pembangunan OS dari China ini .

OS atau operating system ialah nadi kepada gajet seperti komputer dan smart phone .

Projek membangunkan OS China ini telah diumumkan pada Januari 2014 yang lalu .

Tujuan utamanya ialah atas dasar keselamatan .

China sangat bimbang dan paranoid tentang pengawasan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat menerusi OS ciptaan mereka seperti Android . Windows , Apple dan yang sewaktu dengannya .

China telah pun mengharamkan penggunaan Windows 8 pada komputer yang digunakan oleh kerajaan .

Walaupun begitu alasan rasminya ialah kerana Microsoft menghentikan kemaskini untuk Windows XP , dan bukannya atas tujuan keselamatan.

Dijangkakan OS China yang akan menggantikan Windows OS dalam masa dua tahun akan datang .

OS untuk gajet mudah-alih seperti Android pula akan ditukar dan digantikan dalam masa 3-5 tahun ini .

Pasaran yang dikuasai oleh Chuina buat masa ini banyak tertumpu kepada gajet yang menggunakan OS Android .

Kebelakangan ini juga telah muncul pengeluar-pengeluar smart phone Android dari China seperti Oppo , OnePlus dan XiaoMi .


Walaupun mereka semua nama baru , jelas mereka telah menggemparkan dunia dengan gajet yang berprestasi tinggi seperti model seperti Xiao Mi Mi4 dan OnePlus One .


Hanya masa akan menentukan sama ada langkah yang diumumkan oleh China ini akan berjaya atau tidak .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates