Thursday, September 18, 2014

Caprice Bakal Perkenalkan 'Classruum '


Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi tempatan yang baru menempah nama dalam industri muzik Malaysia .

Mesti anda bertanya , kenapa pula penyanyi masuk dalam blog entri ni kan ? 

Macam tak sesuai je...

Saya faham , itu ialah hanya intro entri ini .

Ariz ialah pemilik kepada Caprice Technologies yang menbangunkan apps berkaitan internet dan interaktif .


Apps terbaru syarikat ini dinamakan Classruum yang memfokuskan kepada bidang pendidkan .

Classruum bakal diperkenalkan pada Oktober 2014 ini.

Masa ini diplih kerana ia mungkin masa paling sesuai untuk guru dan pelajar berinteraksi dan mempelajari apps ini kerana telah hampir hujung penggal persekolahan .


Antara yang ditawarkan melalui pengguna Classruum ini ialah :

- membolehkan para guru untuk menawarkan kandungan mereka secara percuma atau berbayar kepada pengguna lain

- cikgu , tutor , pensyarah atau tenaga pengajar dalam bidang lain ,  boleh menawarkan kandungan berbentuk nota , soalan atau pengajaran dalam bentuk audio-visual atau format digital yang lain

- sesi video conference atau live streaming lain dimana pengajar menyediakan perbincangan langsung atau sesi soal-jawab terus dalam perbincangan berkumpulan atau soal-jawab antara pelajar

Nampak agak menarik juga .

Kita tungu sahaja bila ia dilancarkan nanti .

Untuk melihat bagaimana rupa 'Classruum ' ini , sila layari :


PS: Pada yang tidak mengenali siapa Caprice ini  , boleh lihat link dibawah :


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates