Apple Perkenalkan Apple Pay
Ia terdapat hanya dalam iPhone 6 , iPhone 6 Plus dan Apple Watch sahaja buat masa ini .
Maksudnya platform ini dibuat khas untuk 3 gajet ini sahaja .
Anda tidak boleh menggunakan platform ini tanpa memilikki salah satu dari 3 gajet di atas .
Platform ini menggunakan teknologi NFC untuk berinteraksi dengan sistem “point of sales” dan ia menggunakan Touch ID pada 3 gajet diatas untuk mengesan dan mengesahkan identiti pembayar Apple Pay.
Semasa urusan dijalankankan , cip “Secure Element” pada gajet berkaitan akan mengenkripsi dan menyimpan transaksi pembayaran dengan selamat.
Apabila nombor kad kredit disimpan di dalam gajet berkaitan , satu nombor akaun khas yang unik di gajet tersebut diwujudkan bersama-sama satu nombor code dinamik.
Ini bermakna Apple tidak menyimpan sebarang maklumat tentang transaksi yang dibuat.
Apple tidak mengetahui apa yang dibeli , berapa harganya , kad kredit mana yang digunakan dan juruwang juga tidak tahu nama pengguna dan nombor kad kredit yang digunakan .
Maksudnya semua urusan triggernya ialah gajet itu sendiri! .
Platform ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat mulai Oktober 2014 dan setakat pelancarannya , ia menerima urusan dengan American Express , MasterCard dan Visa , khas berkaitan dengan urusan pembelian dan pembayaran .
Syarikat besar lain yang akan menggunakan Apple Pay ialah McDonald , Disney World serta Apple Store sendiri.
iOS 8 telah mengeluarkan API Apple Pay untuk developer apps lain mengeluarkan apps yang boleh digunakan dengan platform ini .
0 comments:
Post a Comment