Sunday, August 10, 2014

TMgo 4G LTE Telah Dilancarkan Secara Rasmi


Telekom Malaysia atau TM telah melancarkan melancarkan perkhdimatan broadband 4G LTE mereka pada 8 Ogos 2014 .

Ia dikenali sebagi TMgo dan terdapat dua pelan iaitu :

- pelan USB 4G LTE
- pelan 4G LTE MiFi

Kelajuan TMgo dikatakan boleh mencecah 20 mbps dan ia sangat stabil .

Perbezaan TMgo 4G LTE ini daripada telco lain ialah ianya menggunakan band 850MHz yang didakwa Telekom sebagai terpantas dan mendapat lebih banyak liputan di Malaysia buat masa ini 

Telco lain menggunakan band 1800MHz atau 2600MHz dan liputannya terhad kepada kawasan bandar dan persekitarannya sahaja .


Dua pelan yang yang ada buat masa ini ialah :

- Pakej 4G Mobile Adapter , RM 115
- Pakej 4G Mobile Router , RM 315

Pakej 4G Mobile Router membolehkan pengguna berkongi kuota internet mereka dengan 10 gajet lain pada satu-satu masa. 

Kedua-dua pelan ini kuota internetnya hanya 2GB dengan tempoh sah 30 hari dan sebagai promosi, 

TM turut memberi tambahan 500 MB percuma untuk 6 bulan pertama .


Pengguna yang menggunakan servis ini boleh tambah nilai, atau topup di mana-mana kedai TMpoint dan juga semua rangkaian e-pay .

Buat masa ini , TMgo ini hanya ditawarkan di beberapa lokasi iaitu Pendang , Kedah dan Melaka Tengah , Melaka .


1 comment:

  1. Dapatkan reload TMgo di sini.
    WhatsApp 019-527 6063

    ReplyDelete

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates