Thursday, August 21, 2014

Stesen Minyak Shell Jalan Raja Chulan Terima Pembayaran Gunakan Bitcoin



Jika pada Mei 2014 lalu, Restoran Capital Nasi Dagang Kelantan di Damansara Utama menjadi perintis , menerima pembayaran di kedai mereka menggunakan Bitcoin.

Kini, satu lagi premis perniagaan di Kuala Lumpur melakukan perkara yang sama .

Stesen minyak Shell Jalan Raja Chulan kini menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan Bitcoin sebagai alternatif kepada pembayaran konvensional yang lain.


Pembayaran dilakukan menggunakan apps yang dinamakan Bitcoin POS.

Apps ini menerima pembayaran Bitcoin untuk hari tersebut , dan mendepositkan jumlah bayaran yang dilakukan ke akaun pemilik perniagaan pada keesokkan harinya.

Bitcoin merupakan matawang berbentuk digital yang turut dikenali sebagai crypto currency.

Ia mendapat perhatian ramai sejak dilancarkan pada tahun lepas , selain beberapa perkhidmatan popular , termasuk Wikipedia menerimanya.

Gunakannya dan jangan lupa , Bitcoin tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates