Thursday, August 7, 2014

Lenovo Vibe Z2 Pro Telah Dilancarkan


Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Lenovo Vibe Z2 Pro pada 5 Ogos 2014 yang lalu .

Vibe Z2 Pro merupakan smart phone pertama yang dilengkapi dengan skrin QHD daripada Lenovo .

Model ini boleh dikatakan sebuah model high-end dari Lenovo bila melihat kepada specsnya .

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 6 inci IPS HD , resolusi 2560 x 1440 piksel , kepadatan piksel 490ppi
- prosesor Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz
- 3GB RAM
- Adreno 330
- memori simpanan dalaman 32 GB
- tiada slot kad microSD
- kamera belakang 16 mega pixel , kamera hadapan 2 mega pixel 

- bateri 4000 mAh


Model ini mempunyai rekabentuk berasakan besi sepenuhnya dan beratnya ialah 179gram .

Walaupun begitu , ia agak naipis dengan ketebalan hanya 7.7 mm  .

Kamera belanag phone ini ialah kamera 16 mega pixel OIS yang disertakan dengan dua Flash LED dan mampu merakam video 4K.

Versi yang dilancarkan ini adalah versi yang mempunyai dual sim .

Namun berita yang kurang menyenangkan ialah model yang bakal dijual di Malaysia nanti dikatakan hanya model yang ada satu sim sahaja .


Ia bakal dijual dalam tiga warna iaitu hitam, emas dan putih dan negara pertama yang akan menjual model ini ialah Rusia , dengan harga RM2658 .

Namun dijangkakan harga penjualannya di Malaysia nanti hanya antara RM1950 hingga RM2399 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates