Wednesday, August 13, 2014

iPhone 6 Bakal Dilancarkan Pada 9 September 2014 ?


Dari satu sumber yang dipercayai , Apple dijangka akan mengadakan sebuah acara besar bersama media yang akan memperkenalkan telefon pintar terbarunya iaitu iPhone 6 .

Khabar angin bertiup kencang mengatakan kedua-dua model iPhone 6 iaitu yang bersaiz 4.7 inci dan 5.5 inci akan dilancarkan secara serentak pada tarikh itu .

Model ini dikatakan akan dilengkapi skrin tahan calar yang diperbuat dari sapphire atau nilam .

Ia juga akan menggunakan prosesor terbaru Apple iaitu A8.

Touch ID juga disertakan kembali dalam model ini dan ia ialah salah satu fungsi automasi yang terdapat pada iOS 8 .

Selain itu model ini juga akan mempunyai fungsi-fungsi tambahan yang tidak terdapat pada model iPhone sebelum ini .

Kita semua perlu tunggu tarikh 9 September 2014 untuk mengetahui kebenaran khabar angin ini .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates