Wednesday, July 2, 2014

Xiaomi Mi 4 Pula Dijangka Dilancarkan Disember 2014 ?


Xiaomi Mi 3 yang dijual pada harga sekitar RM769 sebelum ini jelas menarik perhatian kebanyakan pengguna Android di Malaysia dan seluruh dunia .

Hujung tahun ini pula Xiaomi dijangka melancarkan model Mi 4 dengan reka bentuk baru dan specs yang lebih mantap.

Gambar yang leaked dibawah dan diatas menunjukkan Xiaomi Mi 4 mempunyai reka bentuk sisi yang melengkung dan panel sisi yang lebih nipis dari model sekarang iaitu Mi 3.


Berikut ialah antara spesifikasi Mi 4 mengikut khabar angin tersebut :

- prosesor Snapdragon yang terbaru
- kamera belakang 16 mega pixel 
- skrin 5 inci QHD atau mungkin juga 5.5 inci QHD
- ada LTE
- 3 GB Ram
- reka bentuk unibody berasaskan besi

Harganya nanti dijangkakan kurang dari RM1000 , iaitu sekitar RM889-RM950 sahaja .

Ia dijangka mengekalkan indentiti Xiaomi sebagai pembekal smart phone high end dengan harga mampu milik untuk semua orang .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates