Friday, July 11, 2014

Xiaomi Mi 4 Dilancarkan 22 Julai Ini ?


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran produk tahunan akan diadakan pada 22 Julai 2014 ini .

Berdasarkan poster yang dikeluarkan, dijangakaan bahawa Xiaomi akan mengumumkan dan melancarkan model terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 4.

Xiaomi Mi 4 dikatakan mempunyai unibody berasaskan besi,


Dikatakan spesifikasinya seperti dibawah ini :

- skrin 5.5 inci QHD
- prosesor terbaru daripada Snapdragon , berkemungkinan besar prosesor Snapdragon 805
- 3GB RAM
- kamera belakang 16 mega pixel
- ada LTE


Model sebelum ini iaitu Xiaomi Mi 3 yang menjadi model yang sangat hangat pada tahun 2014 ini telah terjual sebanyak 10 juta unit .

Adakah Xiaomi Mi 4 bakal melakukan perkara yang sama atau lebih hebat lagi ?

Xiaomi dijangka mengekalkan harga dibawah RM1000 untuk model Xiaomi Mi 4 ini .


Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi Xiaomi .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates