Wednesday, July 2, 2014

Sony Xperia Z3 & Z3 Compact Bakal Dilancarkan September 2014 ?


Dikatakan kedua-dua model ini akan dilancarkan semasa majlis IFA yang akan diadakan pada September nanti .

Ia ialah 2 model yang berbeza iaitu Sony Xperia Z3 dan Sony Xperia Z3 Compact .

Gambar dibawah ini dikatakan model Xperia Z3 dan Z3 Compact dan kedua-dua model ini mempunyai panel tepi skrin yang lebih nipis berbanding model sebelum ini iaitu Z2 .


Xperia Z3 dijangka menggunakan skrin QHD untuk menyaingi model LG G3 yang telah dilancarkan sebelum ini .

Apa pun ini masih khabar angin dan muktamadnya hanya akan diketahui dengan pengumuman rasmi dari Sony nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates