Wednesday, July 9, 2014

Sony Xperia C3 Akhirnya Dilancarkan


Sony secara rasminya telah melancarkan Sony Xperia C3 iaitu smart phone dengan kamera hadapan yang ada flash led , khas untuk kaki Selfie .

Model ini menggunakan skrin IPS 720p berukuran 5.5 inci dan dilengkapi teknologi Mobile BRAVIA Engine 2 untuk kualiti gambar yang lebih baik.


Berikut ialah antara spesifikasi rasmi model ini :

- skrin 5.5 inci  IPS 720p
- prosesor Snapdragon 400 1.2GHz
- GPU Adreno 305
- 1GB RAM
- memori simpanan 8 GB
- kamera belakang 8 mega pixel dengan Flash LED , kamera belakang 5 mega pixel juga dengan led flash
- OS Android Kitkat

Pada penggemar dual simkad , anda boleh mendapatkan model kembarnya iaitu Xperia C3 Dual yang mempunyai dua simkad .

Model standard Sony Xperia C3 ini hanya menggunakan satu simkad .


Model ini turut digelar sebagai Smart Phone Selfie Pertama di Dunia .

Warna model ini ada 3 warna iaitu hitam, putih dan mint .

Ia akan dijual di Malaysia , cuma tarikhnya belum diberikan lagi .


Harganya dijangkakan sekitar RM999-RM1100 bila dijual di Malaysia nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates