Friday, July 25, 2014

Oppo N1 Mini Mula DIjual Di Malaysia Bermula 25 Julai 2014


Oppo N1 Mini ialah versi yang lebih murah bagi model asalnya iaitu Oppo N1 .

Antara kelebihan utama smart phone ini ialah kamera yang boleh diputarkan.

Pastinya ia digemari oleh kaki selfie .

Antara spesifikasinya ialah :

- skrin bersaiz 5 inci
- prosesor Snapdragon 400 1.6GHz
- 2 GB RAM
- storan 16GB
- kamera boleh putar 13 mega pixel


Seperti model N1 yang asal, model ini turut ada fungsi gesture dan sistem operasi ColorOS berasaskan Android 4.3 .


Ia akan dijual di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu sebelum diperluaskan jualannya ke Sabah dan Sarawak selepas itu .

Harga jualannya ialah RM1398.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates