Saturday, July 12, 2014

Oppo N1 Mini Akan Dijual di Malaysia Bermula 19 Julai 2014


Model Oppo N1 Mini ini telah diperkenalkan oleh Oppo pada penghujung Mei 2014 lepas .

Berikut ialah antara spesifikasinya  :

- skrin 5 inci 720p
- prosesor Snapdragon 400
- 1GB RAM
- kamera belakang boleh putar 13 megapixel
- ada LTE
- GUI ColorOS 1.4
- OS Android 4.3 Jelly Bean


Dikatakan walaupun pada saiz 5 inci ia masih dikira sebagai smart phone kompak dan selsesa digunakan dengan sebelah tangan sahaja .

Mudah mengendalikannya dengan sebelah tangan untuk merakam gambar terutama pada kaki selfie .

Bagi yang berminat mendapatkan model ini , ia akan dibuka untuk jualan di Malaysia bermula 19 Julai 2014 .


Harga jualannya di Malaysia ialah RM1398 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates