Sunday, July 20, 2014

GooPhone i6 Iaitu Klon Apple iPhone 6 Telah Dilancarkan


GooPhone yang terkenal sebagai pakar klon telefon pintar terkemuka telah memperkenalkan GooPhone i6 yang meniru reka bentuk iPhone 6 .

GooPhone memang sudah terkenal dengan klon model telefon pintar terkemuka dunia seperti Samsung , iPhone , HTC dan LG .
Model telefon pintar yang menyerupai reka bentuk iPhone 5s, Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 disenaraikan telah diklon mereka .

GooPhone i6 telah dilancarakan secara rasmi mulai semalam .

Ia dijangka memasuki pasaran sebulan setengah lebih awal sebelum ‘kembar’ klonya dilancarkan .


Antara spesifikasi GooPhone i6 ialah :

skrin 4.7 inci QHD IPS
prosesor quad core
1 GB RAM
8 GB memori simpanan dalaman
kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 5 mega pixel


Walaupun meniru reka bentuk hampir kesemua telefon pintar utama terkenal dunia , setakat ini tiada syarikat yang mengambil tindakan undang-undang ke atas GooPhone ini .

GooPhone 6 akan mula dijual di China mulai 1 Ogos 2014 dan harganya ialah sekitar RM477 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates