Wednesday, June 11, 2014

Samsung Smart Bike Pula Dibangunkan


Samsung sememangnya satu gergasi teknolgi masa kini .

Kebetulan pula permusuhan dnegan jiran mereka iaitu Korea Utara , membuatkan Samsung iaitu syarikat di Korea Selatan , sentiasa membangunkan teknologi ketenteraan dan yang berkaitan dengan keselamatan .

Terbaru Samsung telah membangunkan Samsung Smart Bike .

Basikal ini dilengkapi dengan sistem kamera , GPS dan panduan laser untuk memastikan penunggang dalam keadaan selamat.

Sistem kamera belakang yang terletak pada bingkai basikal membolehkan penunggang melihat ke belakang tanpa menoleh.

Ada sebuah handle gajet pada bahagian hadapannya.

Dengan menggunakan Bluetooth , kamera belakang boleh diaktifkan bila perlu.

Sistem panduan laser pula pula memastikan laluan penunggang .

Ia memberikan jarak selamat untuk mengekori basikal ini kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sistem GPS pula membolehkan orang lain mengesan lokasi penunggang untuk tujuan pengesanan dan sebab keselamatan lain .

Basikal ini dibangunkan oleh Samsung Maestros Academy .

Ia masih dalam tahap ujian dan tiada perancangan untuk menjualnya kepada umum buat masa ini 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates