Sunday, June 29, 2014

Samsung Galaxy Note 4 dikatakan akan menggunakan kamera 12 megapixel OIS


Khabar angin dari Korea mendakwa bahawa phablet Galaxy Note 4 yang akan dilancarkan pada September 2014 akan datang , akan dilengkapi dengan kamera 12 megapixel OIS .

Selain itu , Note 4 juga akan memiliki kamera hadapan 3.7 megapixel , yang jelas jauh tertinggal dengan pesaing mereka seperti Lenovo dan Huawei , yang menggunakan kamera hadapan 5-8 megapixel bagi model high end mereka .

Galaxy Note 4 akan dilancarkan pada satu majlis khas yang diadakan serentak dibeberapa bandar utama seluruh dunia pada September 2014 ini .

Berkemungkinan besar juga , pelancarannya lebih awal daripada pelancaran iPhone 6 yang dikatakan akan diadakan pada 19 September 2014 .

Apa pun , sama-sama kita tunggu sama ada benar atau tidak khabar angin ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates