Friday, June 6, 2014

Samsung Galaxy F Bakal Pesaing iPhone 6 ?


Sebelum ini Samsung mengelakkan diri dari bersaing secara terbuka dengan iPhone .

Perkara ini telah berlalu dan dijangka Samsung akan mengeluarkan smart phone yang bakal menyaingi iPhone 6 yang dijangka dilancarkan September ini. 

Model yang dimaksudkan itu ialah Samsung Galaxy F.


Evleaks mendakwa bahawa Samsung Galaxy F akan mencabar iPhone 6 dalam masa 90 hari lagi.

Menurut satu sumber , Samsung Galaxy F akan diperkenalkan pada September 2014 , sama bulan dengan iPhone dilancarkan.

Samsung tidak gentar untuk menampilkan telefon pintar Galaxy F, yang dikatakan pengganti Galaxy S5 

Spesifikasinya dijangkakan seperti berikut :

- skrin phone ini ialah 5.2 inci 
- skrin 2K , Quad HD dengan resolusi 2560 x 1440
- prosesor Snapdragon 805
- memori 3GB RAM
- kamera belakang 16 megapixel


Pastinya kita akan melihat persaingan yang sengit pada Sepetember 2014 ini jika betul spesifikasi Samsung Galaxy F sehebat yang digembar-gemburkan .

Adakah benar Samsung Galaxy F dapat bersaing dengan iPhone 6 , kita tunggu bulan September ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates