Tuesday, June 10, 2014

Nokia McLaren Dengan Fungsi Kinetik Bakal Dilancarkan


Bertiup kencang Nokia akan melancarkan model smart phone yang sangat sensasi .

Model Nokia yang menjadi bualan ramai ini dikatakan mempunyai fungsi kinetik dan ia bakal menjadi smart phone pertama di dunia yang mempunyai fungsi kinetik .

Phone dengan codename McLaren , bakal dilancarkan di Amerika Sayarikat .

Fungsi hebatnya ialah pengguna hanya melayangkan jari di hadapan skrin tanpa perlu menyentuh skrin secara fizikal!

Teknologi yang dipanggil 3D Touch atau Real Motion , dibangunkan Microsoft sejak beberapa tahun lalu.

Aspek unik pada phone ini ialah bilangan sensor yang ada padanya yang membolehkan fungsi 3D Touch berfungsi. 

Ia hanya akan digunakan pada phone Nokia sahaja buat masa ini .

Antara contoh kebaikan dan bergunanya fungsi kinetik ini ialah :

- penguna hanya perlu meletak telefon di telinga , tanpa menyentuh untuk menjawab panggilan 
-mengaktifkan speakerphone atau loud speaker , apabila telefon diletakkan di atas meja dan menamatkan panggilan apabila telefon pintar diletakkan di dalam poket , semuanya secara automatik
- pengguna juga boleh mematikan mikrofon pada phone , bila ia ditutup dengan tangan mereka atau dipegang pada dada 
- fungi terakhir setakat ini yang diketahui mengenai phone ini ialah pengguna boleh membatalkan panggilan dengan cara melambai di hadapan skrin telefon pintar , tanpa menyentuhnya

Pada mulanya model ini dirancang untuk di lancarkan bersama Windows Phone 8.1 tetapi terpaksa ditangguhkan untuk 'finishing touch'nya .

Dikhabarkan paling awal untuk telefon ini dilancarkan ialah pada penghujung 2014 dan paling lewat ialah Februari 2015 , khabarnya .

Nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Nokia berkenaan phone kinetik ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates