Friday, June 13, 2014

Lenovo Vibe Z2 K920 Bakal Dilancarkan


Bertiup kencang khabar angin yang mengatakan Lenovo bakal melancarkan model pengganti kepada Lenovo Vibe Z tidak lama lagi.

Model yang dimaksudkan ialah dengan nombor siri K920 telah dipaparkan di booth China Mobile pada Expo Mobile Asia.

Lenovo K920 atau Vibe Z2 mempunyai reka bentuk unibody yang kelihatan seperti metalik .

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 6 inci dengan resolusi 2560 x 1440 QHD
- prosesor Qualcomm Snapdragon 805 2.5 GHz
- 3GB RAM , memori simpanan dalaman 32 GB
- OS Android 4.4 KitKat
- kamera belakang 16 mega pixel , kamera hadapan 5 mega pixel



Ia dikatakan akan ada rangkaian LTE dan mungkin dilancarkan pada suku ke 3 tahun ini.

Buat masa ini , tiada sebarang maklumat rasmi daripada Lenovo mengenai harga dan tarikh pelancaran model ini lagi 

Ia dijangkakan akan dijual pada harga sekitar RM1799–RM1899 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates