iPhone 6 , 4.7 inci dan 5.5 inci , Telah Leaked di Internet
Skrin bagi model yang dipaparkan ialah 4.7 inci dan 5.5 inci.
Mungkin benarlah semua khabar angin sebelum ini , saiz iPhone 6 akan lebih besar dan lebar dari model-model sebelum ini .
Gambar ini juga mengiyakan khabar angin sebelum ini yang mengatakan yang model iPhone kali ini akan lebih nipis dan mempunyai reka bentuk yang sama seperti iPad Air dan iPad Mini 2.
Bila dibandingkan dengan model iPhone 5S dan 5C , iPhone 6 jelas lebih nipis dan hampir kesemua button nya telah dibuat semula .
Butang 'power/lock’ terpaksa diubah ke sebelah kanan sedikit , untuk memudahkan pengguna mencapainya kerana saiznya yang lebar.
Apple iPhone 6 juga dikatakan kalis air dan habuk dan akan menggunakan OS , iOS 8.
Model terbaru iPhone ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2014 iaitu bagi model yang bersaiz 4.7 inci .
Model iPhone 6 dengan skrin 5.5 inci pula akan akan dilancarkan menjelang hujung tahun 2014 , khabarnya.
0 comments:
Post a Comment