Wednesday, June 4, 2014

Intel Perkenalkan Prosesor Terbarunya , Core M


Intel telah memperkenalkan tablet prototaip yang dibina untuk demo prosesor terbarunya , Core M.


Tablet prototaip ini bersaiz 12.5 inci dan seberat 670g  , berukuran 7.2mm dan tidak memerlukan kipas untuk menyejukkannya.

Tablet ini mempunyai keyboard yang boleh disambungkan kepadanya dengan cara 'docking' .

Ia adalah tablet pertama yang nipis dan panjang dan dijangka akan menjadi trend selepas ini.



Intel mengumumkan prosesor 14nm ini sebagai prosesor paling jimat tenaga dalam sejarah Intel selama ini . 

Tambah sumber itu lagi , prosesor ini meningkatkan 20% hingga 40% prestasi  , sementara mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 45% .

Pengeluaran haba pula dapat dikurangkan hingga 60% ketika menggunakan prosesor ini .

Model canggih sebelum ini iaitu Microsoft Surface Pro 3 juga nipis , tetapi ia menggunakan kipas , menjadikannya sedikit bising .

Dengan terciptanya prosesor Core M ini , mungkin tablet yang menggunakan prosesor Intel pada masa akan datang , akan senyap seperti iPad .

Namun buat masa ini prosesor ini belum cukup berkuasa untuk mengendalikan atau Run OS Windows 8.1.

Mungkin dalam sedikit masa lagi Intel bakal menyaingi Apple dalam penghasilan prosesor yang senyap dan pantas , siapa tahu kan .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates