Tuesday, June 10, 2014

Huawei Ascend P7 Mula Dijual di Malaysia


Hari ini Huawei Malaysia secara rasminya telah melancarkan model utama smart phone mereka tahun ini iaitu Huawei Ascend P7 .

Ia dikatakan pengganti kepada model Ascend P6.

Ascend P6 yang dilancarkan tahun lalu iaitu 2013 , merupakan smart phone ternipis di dunia ketika itu  .

Jumlah penjualan Ascend P6 ialah 4 juta unit dan dijual di 100 buah negara.

P7 masih mengekalkan reka bentuk yang nipis.Ascend P7 .


Ketebalannya hanya 6.5 mm yang menjadikan model ini sebagai antara smart phone LTE ternipis didunia .

Berikut ialah antara spesifikasi Ascend P7 :

- skrin 5 inci dengan resolusi 1920×1080 ppi
- prosesor quad core HiSilicon Kirin 910 berkelajuan 1.8GHz 
- memori 2GB RAM
- OS Android 4.4.2 KitKat dengan UI Huawei Emotion 2.3 
- bateri 2500mAh yang dilengkapi dengan teknologi ‘advance power-saving’ yang membolehkannya mampu bertahan sehingga 24 jam , walaupun tinggal 10% sahaja bateri
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 8 mega pixel yang ada ciri khas 'groufie’

Ascend P7 merupakan smart phone pertama di dunia yang mempunyai kamera hadapan 8 mega pixel dan sangat sesuai pada 'kaki selfie' .


Peminatnya telah boleh membeli smart phone ini mulai 10 Jun 2014 .

Ia dijual dalam 2 warna pilihan iaitu hitam dan putih.

Harganya ialah RM1499 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates