Wednesday, June 4, 2014

Gambar Blackberry Q30 Leaked ?


Dari satu sumber , telah leaked gambar gajet dipercayai model terbaru Blackberry Q30 atau digelar juga dengan nama kod Windermere .

Yang lebih mengejutkan ialah rekabentuk telefon pintar ini yang sangat bersegi dan pelik .



Walaupun ia menyerupai sesetengah smart phone Nokia model lama sebelum ini , Q30 ini kelihatan amat pelik jika dibandingkan dengan model smart phone masa kini yang memanjang ke bawah .

Ia hanya dilengkapi fungsi asas .

Malah keyboard QWERTY nya hanya dilengkapi 3 baris berbanding 4 baris pada model smart phone Blackberry biasa.

Walaupun rekaan pelik dan kontradik dnegan rekaan semasa , ia mungkin menjadi smart phone paling inovatif rekaan Blackberry.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa keyboard fizikal yang dilengkapinya bersifat kapasitif, bermakna ia boleh juga digunakan sebagai permukaan sesentuh atau bertindak sebagai touch screen .

Model Q30 ini juga dikatakan , mampu memuatkan skrin 1440 x 1440 HD penuh .

Dijana oleh prosesor quad core Snapdragon MSM8974 , GPU Adreno 330 , memori 3GB RAM dan bateri 3450 mAh , ia merupakan smart phone yang berkuasa .

Kesimpulannya walaupun ia mempunyai design pelik dan aneh , kalau betul sah ini model Q30 , ia ialah sebuah smart phone high end sebenarnya

Apa pun , harus ditunggu pengesahan rasmi dari Blackberry sebelum mengiyakan gambar ini sebagai Blackberry Q30.

Sekarang ialah boleh dipanggil sebagai khabar angin , prototaip atau mockup sahaja .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates