Friday, June 6, 2014

Canon Perkenalkan Irista


Canon hari ini secara rasminya memperkenalkan cloud apps mereka iaitu Irista untuk simpanan gambar .

Irista memfokuskan kepada gambar JPEG dan RAW sahaja , dimana pengguna boleh tag gambar , dan meletakkan info seperti masa , lokasi , jenis lensa digunakan dan sebagainya pada gambar yang diupload dan disimpan di Irista .

Tiada had besar mana gambar yang boleh diupload  , membolehkan pengguna upload gambar berkualiti tinggi atau HD , untuk simpanan mereka .

Selepas upload gambar , pengguna boleh berkongsi sesuatu gambar itu terus ke Facebook , Flickr dan sebagainya dengan mudah.

Setiap pengguna diberikan ruangan storan bersaiz 10 GB secara percuma .

Pengguna boleh upgrade dengan menjadi ahli premium dengan sedikit bayaran untuk menikmati storan tanpa had .

Adakah irista bakal mencabar Dropbox atau Google Drive ?

Kita tunggu dan lihat sahaja .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates