Monday, June 2, 2014

Asus Transformer Book V Diperkenalkan


Asus Transformer Book V Dikatakan 'All In One Gadget' kerana ia iadalah gabungan smart phone , tablet dan laptop .

Gajet pertama di dunia yang membolehkan pengguna menggunakan gajet ini dalam LIMA MODE atau 5 fungsi iaitu :

- smart phone Android
- tablet Android
- tablet Windows
- laptop Android 
- laptop Windows

Sebagai smart phone , ia mempunyai skrin 5 inci dan OS Android 4.4 KitKat .


Menggunakan prosesor Intel Atom untuk kuasa operasi .

Pengguna boleh dock gajet ini untuk digunakan sebagai tablet. 

Yang menariknya bila telah 'didock" , saiz skrinnya berubah!


Bila ia menjadi tablet , skrin nya ialah 12.5 inci HD IPS , dan dilengkapi dual bootaable OS iaitu Windows dan Android .

Pengguna boleh pilih mana OS yang mereka mahu . 

Storagenya juga agak besar iaitu 128GB untuk pengguna menyimpan pelbagai dokumen dan media didalamnya .

Fungsi terakhir , iaitu sebagai laptop , pengguna boleh menyambungkan skrin kepada kepada keyboard QWERTY yang ada touchpad tersendiri. 


Keyboard ini turut menyertakan sebuah button khas untuk memilih OS Android atau Windows . 

Bila menjadi laptop , ia dilengkapi dengan prosesor Intel Core yang berkuasa untuk menjalankan peranannya sebagai laptop , dan storage sebesar 1TB untuk simpanan dokumen dan media .

Memang menakjubkan jika dilihat spesifikasi gajet ini yang boleh berubah-ubah mengikut fungi yang dipilih , memang Transformer betul!

Tidak diketahui lagi bilakah gajet ini akan dijual di Malaysia atau berapa harganya nanti , sila tunggu updatenya .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates