Thursday, June 12, 2014

Apps Mudahkan Pengguna Guna SMS Dari Desktop PC


Untuk pengguna gajet Android , mungkin telah mengenali apss Pushbullet.

Apps ini memudahkan pengguna melihat notifikasi daripada berbagai sumber seperti dari smart phone atau browser terus pada desktop .

Kebaikannya ialah pengguna tidak perlu lagi bertumpu pada skrin smart phone mereka yang kecil , terutama ketika pengguna sedang membuat kerja.

Lebih mudah melihat notifikasi seperti mesej atau email pada skrin desktop yang bersaiz 15 inci hingga 30 inci berbanding dengan melihat skrin smart phone mereka yang maksima saiznya ialah 6 inci .


Pushbullet telah menambah baik apps mereka dengan bekerjasama dengan developer apss lain , untuk menambahkan lagi fungsi pada apps mereka supaya pengguna boleh berinteraksi di desktop mereka .

Kerjasama pertama ialah dengan EvolveSMS, yang akan menambahkan fungsi supaya pengguna boleh membalas mesej atau sms mereka terus daripada desktop.

Semua penghantaran mesej akan menggunakan gajet mudah alih seperti smart phone atau tablet , cuma paparannya akan jadi besar dan jelas bila pengguna menggunakan apps ini di desktop .

Mungkin lebih banyak fungsi dan pembaharuan yang akan dibuat oleh Pushbullet di masa hadapan untuk kegunaan pengguna untuk memudahkan mereka menggunakan sms atau email yang dihantar kepada mereka dari gajet mereka , terutama ketika mereka sedang bekerja .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates