Friday, June 6, 2014

100 ribu LG G3 dijual dalam masa 5 hari


LG G3 yang dilancarkan dua minggu lalu telah mula dijual di Korea sahaja , dan penjualan model dengan skrin paparan QHD ini dikatakan sangat hebat .

Sehingga ini ,. ia dikatakan telah terjual 100,000 ribu unit dalam masa 5 hari pertama sahaja .

Laporan ini diperkuatkan lagi dengan laporan daripada media Korea yang mengatakan penjualan LG G3 di Korea mengatasi penjualan model utama Samsung iaitu Galaxy S5. 

LG dilaporkan menjual 25,000 sehingga 30,000 unit G3 sehari , manakala Samsung hanya menjual 7,000 hingga 8,000 unit S5 setiap hari.


Keputusan LG untuk menjual LG G3 di Korea terlebih dahulu tidak begitu disenangi dan mungkin mempunyai keburukkannya . 

Samsung berbangga dengan rekod penjualan 10 juta unit mereka dalam masa 25 hari yang pertama iaitu kira-kira 2 juta unit sehari dan dilancarkan serentak di 125 negara.

Samsung boleh dikatakan berada di kelas tersendiri.

Namun tiada siapa yang boleh mengatasi rekod penjualan Apple melalui smart phone meraka iaitu iPhone , yang dijual sebanyak 5 juta unit dalam masa 3 hari pertama .

Dengan pelancaran model ini ke pasaran glabal tidak lama lagi , berkemungkinan besar LG G3 akan memecahkan lebih banyak rekod jualan yang sebelum ini didominasi oleh Samsung dan Apple sahaja .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates